|
|
|
|
No.249, Tingkat 1, Medan Sejati, Taman Sejati, 32000 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.
E-mel: info@ppumm.com.my
No. Telefon : 05-692 2151 No. Fax : 05-693 1376 NO. HP : 019-557 4711 Telefon SMS : 017-532 7478
Jika sesiapa ingin menjual lembu boleh email kan gambar dan harga lembu yang hendak dijual kepada kami
|
|
|
₪ Matlamat
Persatuan Peniaga Dan
Usahawan Melayu Malaysia (PPUMM) telah secara rasminya didaftarkan
pada 9hb. Mac 2000. Di antara tujuan pertama matlamat kami ialah :
- Mewujudkan
jaringan perniagaan di antara ahli-ahli dengan Informasi terkini melalui laman
web PPUMM.
- Menyatupadukan dan mengukuhkan tali muhibbah antara
peniaga Melayu seluruh Malaysia.
- Menganjurkan kursus-kursus
keusahawanan bagi mempertingkatkan pengetahuan ahli dalam bidang keusahawanan.
- Dengan kerjasama kerajaan dan K.P.U. dalam memberi maklumat
terkini dan bimbingan dalam pembuatan produk di bawah IKS.
- Mengadakan ekspo-ekspo perdagangan dalam negeri hingga ke
peringkat antarabangsa bertujuan mencari pasaran untuk ahli-ahli.
- Persatuan akan mendapatkan kerja-kerja kontrak daripada
kementerian-kementerian dan akan mengagihkan kepada ahli-ahli yang bergiat dan
bidang kontrak di seluruh Negara.
- Persatuan akan melantik
ahli-ahli menjadi pembekal barangan seperti minyak masak, kain baju, barangan
hardware, barang runcit dan barangan gentian kenderaan.
- Persatuan
akan memberi bimbingan untuk mendapatkan lesen PKK, CIDB, KKM dan lain-lain
lagi.
₪ Perancangan
Matlamat
Bagi memastikan tujuan / matlamat
Persatuan akan tercapai, kegiatan-kegiatan berikut sedang dirancang dan akan
dilaksanakan
–
- Kursus-kursus
untuk ahli terutamanya yang berkaitan dengan asas-asas keusahawanan dan
perakaunan.
- Penganjuran sarkas, seminar, ekspo perdagangan, fun
fair dan seumpamanya melibatkan semua ahli.
- Menggunakan sepenuhnya
"database" bagi mengenalpasti keperluan ahli-ahli terutamanya dalam mendapatkan
peluang-peluang perniagaan –
i.Pasaran yang lebih luas
ii.Pelbagaikan perniagaan
- Persatuan bertindak sebagai
sebuah "syarikat induk" dalam mendapatkan lesen "besar" seperti beras, minyak
mentah dan lain-lain perniagaan sistem borong bagi diagihkan kepada ahli-ahli.
- Persatuan bertindak sebagai orang tengah antara ahli-ahli dengan
pihak berkuasa seperti jabatan kerajaan bagi mendapatkan peluang perniagaan
terutamanya bagi kontraktor.
₪ Perlaksanaan
Matlamat / Tujuan
- Kegiatan pertama
Persatuan ialah memberi bantuan nasihat dan jaringan kepada perniagaan antara
ahli-ahli.
- Majlis-majlis penerangan mengenai Persatuan yang sedang
dan akan diadakan di seluruh Negara sekerap mungkin.
- Daripada
3,355 ahli yang disahkan, 3,254 orang telah membuat permohonan pinjaman bank
(99% TUK). Dari jumlah itu, 3,020 telah Berjaya memohon. Pihak Persatuan
berperanan membantu mereka dengan –
i.Memberi sokongan
bertulis ii.Menyediakan kertas kerja iii.Melakukan
"Follow Up" dengan pihak bank
- Ibu Pejabat Persatuan sedang
mengemaskini rekod dan data Persatuan dengan sistem komputer sepenuhnya.
- "Klinik Peniaga" akan selalu diadakan di ibu pejabat dan di
cawangan-cawangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli.
- Logo Persatuan akan dipaparkan di tapak perniagaan supaya
ahli-ahli dapat mengenali antara satu sama lain untuk melancarkan proses
perniagaan.
|
|
|
|