Matlamat
Persatuan Peniaga Dan Usahawan Melayu Malaysia (PPUMM) telah secara rasminya didaftarkan pada 9hb. Mac 2000. Di antara tujuan pertama matlamat kami ialah:
- Mewujudkan jaringan perniagaan di antara ahli-ahli dengan Informasi terkini melalui laman web PPUMM.
- Menyatupadukan dan mengukuhkan tali muhibbah antara peniaga Melayu seluruh Malaysia.
- Menganjurkan kursus-kursus keusahawanan bagi mempertingkatkan pengetahuan ahli dalam bidang keusahawanan.
- Dengan kerjasama kerajaan dan K.P.U. dalam memberi maklumat terkini dan bimbingan dalam pembuatan produk di bawah IKS.
- Mengadakan ekspo-ekspo perdagangan dalam negeri hingga ke peringkat antarabangsa bertujuan mencari pasaran untuk ahli-ahli.
- Persatuan akan mendapatkan kerja-kerja kontrak daripada kementerian-kementerian dan akan mengagihkan kepada ahli-ahli yang bergiat dan bidang kontrak di seluruh Negara.
- Persatuan akan melantik ahli-ahli menjadi pembekal barangan seperti minyak masak, kain baju, barangan hardware, barang runcit dan barangan gentian kenderaan.
- Persatuan akan memberi bimbingan untuk mendapatkan lesen PKK, CIDB, KKM dan lain-lain lagi.
Perancangan
Bagi memastikan tujuan / matlamat Persatuan akan tercapai, kegiatan-kegiatan berikut sedang dirancang dan akan dilaksanakan:
- Kursus-kursus untuk ahli terutamanya yang berkaitan dengan asas-asas keusahawanan dan perakaunan.
- Penganjuran sarkas, seminar, ekspo perdagangan, fun fair dan seumpamanya melibatkan semua ahli.
- Menggunakan sepenuhnya "database" bagi mengenalpasti keperluan ahli-ahli terutamanya dalam mendapatkan peluang-peluang perniagaan:
- Pasaran yang lebih luas.
- Pelbagaikan perniagaan.
- Persatuan bertindak sebagai sebuah "syarikat induk" dalam mendapatkan lesen "besar" seperti beras, minyak mentah dan lain-lain perniagaan sistem borong bagi diagihkan kepada ahli-ahli.
- Persatuan bertindak sebagai orang tengah antara ahli-ahli dengan pihak berkuasa seperti jabatan kerajaan bagi mendapatkan peluang perniagaan terutamanya bagi kontraktor.
Perlaksanaan Matlamat / Tujuan
- Kegiatan pertama Persatuan ialah memberi bantuan nasihat dan jaringan kepada perniagaan antara ahli-ahli.
- Majlis-majlis penerangan mengenai Persatuan yang sedang dan akan diadakan di seluruh Negara sekerap mungkin.
- Daripada 3,355 ahli yang disahkan, 3,254 orang telah membuat permohonan pinjaman bank (99% TUK). Dari jumlah itu, 3,020 telah Berjaya memohon. Pihak Persatuan berperanan membantu mereka dengan:
- Memberi sokongan bertulis.
- Menyediakan kertas kerja.
- Melakukan "Follow Up" dengan pihak bank.
- Ibu Pejabat Persatuan sedang mengemaskini rekod dan data Persatuan dengan sistem komputer sepenuhnya.
- "Klinik Peniaga" akan selalu diadakan di ibu pejabat dan di cawangan-cawangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli.
- Logo Persatuan akan dipaparkan di tapak perniagaan supaya ahli-ahli dapat mengenali antara satu sama lain untuk melancarkan proses perniagaan.
|